Wednesday 30 May 2012

KEMALANGAN DI BENGKEL

Langkah-langkah Keselamatan & Peraturan


1. Sebelum
  • Elakkan memakai pakaian yang longgar dan aksesori yang labuh kerana ia mudah tersangkut dan boleh menyebabkan kemalangan 
  • Memakai kasut yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan 
  • Mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan 
  • Ikat rambut dengan kemas dan pakai skaf supaya rambut tidak mengganggu penglihatan semasa melakukan kerja 
  • Pastikan tangan kering apabila memetik suis elektrik 
  • Kawasan bengkel tidak berminyak 
  • Prihatin terhadap tanda amaran dan kawasan larangan 
  • Tidak membawa makanan dan minuman ke dalam bengkel 
  • Membaca manual mesin dengan teliti 
  • Tempat kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja dijalankan dengan baik dan lancar. 
  • Tempat kerja mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak menghadapi sebarang masalah 
  • Tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut.
2. Semasa

  • Tidak bergurau atau bermain ketika mengendalikan mesin. 
  • Berhati-hati semasa mengendalikan alatan dan mesin. 
  • Matikan suis kecemasan sekiranya berlaku kemalangan.
  • Mendengar setiap arahan yang diberikan oleh pensyarah. 
  • Maklumkan kepada pensyarah sekiranya berlaku kerosakan.


3. Selepas 

  • Bahan yang mudah terbakar , bahan yang berat dan panjang, serta bahan toksik hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah disenggara.
  • Simpan semua peralatan di tempat yang betul.
  • Tutup semua peralatan yang menggunakan kuasa elektrik.
  • Bengkel dibersihkan daripada sebarang sisa-sisa buangan samada sisa pepejal atau cecair.
  • Tutup Semua pintu dan tingkap sebelum keluar dari bengkel.

Cara Pengendalian Alat


Sentiasa merujuk kepada manual sebelum mengendalikan sesebuah mesin

Pakaian dan Kelengkapan Diri

Pakaian Dan Alat Perlindingan Di Bengkel
Pakaian di bengkel boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu pakaian am, pakaian perlindungan dan peralatan perlindungan.

Pakaian Am
  •  Pakaian yang dipakai semasa bekerja hendaklah sesuai,iaitu tidak terlalu longgar atau terlalu ketat
  • Barang-barang seperti jam tangan, cincin dan rantai hendaklah disimpan kerana ianya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat tersangkut atau menjadi pengalir elektrik semasa litar pintas berlaku.

Pakaian Perlindungan
  • Pakaian perlindungan seperti gogal atau pelindung muka, sarung tangan, kasut but, topeng,  dan apron perlu dipakai untuk keselamatan dan perlindungan semasa berada di bengkel.
       
1. Safety Google

2. Gloove
3. Safety boot
4. Musk
5. Ear muff